Tuesday, February 20, 2007

The Longest and Lonely Night

We entered the scanning room..I stepped down from the wheelchair and laid down on the bed. Hubby was standing at the corner of the bed,doctor was on my right..He put on the fluid on my abdomen..oh my goodness,i've been through this every week and yet this time i felt the doctor took the longest time preparing me for the scanning..
Hubby hold my feet,I looked at him and tried to smile to his nervous and worried face but no respond from him..Why hubby was so worried?I wonder.."B,dont worry too much.Nothing bad is gonna happend.Lagi 4 hari kan kita nak jumpa Akif dah.."I told him, inside my head..
I looked at the monitor when the doctor started the scanning..Is it true or just my poor sight?I didnt see any heartbeat!YA ALLAH!!Immediately I took away my sight from the monitor and looked up..Please God,let me be wrong!Tak sanggup rasanya nak tengok monitor tu lagi.. Gynae nampak what i saw and he quickly lift up the sensor from my belly and try to scan again. He tried so hard to hide it from me and whenever i looked at the monitor,he scanned other parts of Akif,the foot, the hands..etc..And from that moment I know,I shouldnt be looking at the monitor. I took a deep breath and stared the ceiling.The gynae tarik monitor,tak kasi tengok monitor..He scanned Akif thoroughly..
Apa yang ada dalam kepala mama masa tu,mama teringat semula my visit to the gynae..how excited we were tiap kali buat scanning..bila balik je,mesti excited gile..sebab dapat tengok Akif masa scanning..dapat tengok Akif's development,dapat tengok Akif gerak-gerak..memang excited..Now,lagi 4 hari nak jumpa Akif,lagi laa tak sabar..
Baju Akif? - mama dah basuh dah.Nanti mama nak suruh papa beli lagi la baju Akif sebab baju yang ada tu mama rasa tak cukup lagi laa..Tapi takpe kat Shah Alam mall kat depan hospital ni pun ada satu kedai jual baju baby,alah kat seberang jalan ni pun ada kedai Anakku..
Almari Akif? - papa dah beli dah,baju2 Akif semua dah siap tergantung kat dalam almari pun..
Pampers? - dah beli dah..ada 48 keping lagi..minggu lepas pun mama dah buat leaking test kat pampers Akif pun,mama test power pampers tu,so far mama memang puas hati,mama rasa pampers Anakku ni not bad..Bila mama tuang segelas air kat atas pampers tu,dia menyerap dengan bagusnya..takde kebocoran..
Tilam and bantal? -Opah dah siapkan pun..tilam n bantal kekabu lagi tu..Warna hijau opah buat untuk Akif,gambar kartun Sonic lagi tu..Tilam pun mama dah keluarkan dan letak kat atas almari Akif..Bila nak guna nanti,boleh ambik je terus..
Hospital bag? - eh,beg hospital Akif kat dalam kereta papa laa..Takpe nanti kalau incase mama kena admit dalam ward,papa boleh ambik dah hospital bag Akif tu..
Car seat? -papa dah pasang kat dalam kereta dah pun..
Stroller? -eh,stroller hari tu,papa dah masukkan dalam boot ke belum ye?..Nanti mama nak suruh papa masukkan lah..Akif,jangan lupa tau..papa dah janji nak bawak Akif naik stroller pastu kita gi jogging kat tasik kat rumah kita tu...

"Aida,I had bad news for you.."macam suara gynae je tu..
Carrier?
-eh,car seat Akif kan sekali boleh jadi carrier,kira dah pasang la dalam kereta tu..

"Aida...I had bad news for you.."
I heard him..What was he saying?Bad news for me?YA ALLAH..
"Aida,we went through this scanning procedure many times before..and i know you know how this thing works.And,I didnt see any heartbeat, Aida..Anak u dah takde.."Mama nampak papa dah tutup muka,papa dah menangis..Kenapa papa nangis pulak ni?Papa datang terus pegang tangan mama..
Eh,checklist mama tadi dah habis ke belum?banyak lagi mama tak check barang2 Akif ni..
"Doctor,jangan tipu saya..check la betul-betul..doctor jangan tipu saya..lagi 4 hari saya nak jumpa anak saya ni.."Airmata dah jatuh macam air terjun...
"Aida,anak u dah takde..heartbeat memang dah takde..I sendiri tak tahu apa punca..from the scanning ni I tak tahu apa sebab jadi macam ni..everything looks ok..cord pun tak terbelit..between your last checkup on Friday until today,I dont know what had happened.."
Mama terus meraung sekuat-kuat hati..
Papa hold my hands..We cried in each others arms..Gynae left the room..

Thursday, February 15, 2007

Memory with Akif

Isnin,10 April 2006...

Papa pegi keje macam biasa setelah mama yakinkan papa yang mama will be allright..walaupun papa berat hati nak pegi keje,mama janji kalau Akif kurang gerak jugak satu hari ni,kita akan go and see the doctor..

Papa left..

Tinggal mama and akif kat rumah..Mama call opah,tanya dia macamana..opah kata cu pun baby dia kurang gerak masa nak bersalin minggu lepas..so,mama rasa lega sikit..officemate mama pun ada call,tanya how was i doing?bla..bla..bla..mama borak lebih kurang then hang up.. masa tu mama baring lagi,tak tahu la kenapa hari ni malas betul nak bangun dari katil..zzzzzzzzzzz..

bila bukak mata je dah dekat pukul 12.00..amboi,lama gila mama terlelap..tapi memang mama rasa penat sangat,rasa macam dah lama sangat mama tak tido puas2lama macam ni...Then,kawan mama R called..macam biasa la kalau R call,mesti borak panjang punya..mama pun cerita jugak,baby less active,and she also convincedkan mama,dah dekat2 nak bersalin ni memang baby akan less active..so lepas dah borak2 panjang lebar dengan R,mama pun masak lunch,and tengok TV..

5.oo petang..

Mak ngah Akif called.Dia ajak mama and papa makan kat SACC mall sebab last friday kami tak sempat join.Mak ngah kata,pakngah beria2 nak belanja jugak makan..rasa tak sedap hati sebab minggu lepas tak jadi belanja..So,papa ambik mama lepas balik keje dalam pukul 6.00 macam tu then we headed to SACC Mall..Kita makan kat kedai mee kat level bawah tu,mama pun dah lupa nama kedai tu..Until today mama ingat lagi mama order mee udang..Besar betul mangkuk mee tu,memang kekenyangan gile mama..

Once again,mama cakap la kat makngah and pakngah,Akif less active and kita nak pegi jumpa doktor lepas ni..Tapi masa dok cerita2 tu,mama and papa kata,kalau kita pegi tengok wayang cite Bujang Senang pun ok,gak ni kan?Tapi pakngah kata,kang gelak2 kang terberanak pulak kat dalam panggung..so kitorang tak jadi laa nak tengok wayang..lepas habis makan,kitorang jalan2 jap kat kedai adidas kat bawah tu..

Papa memang dok usha je kasut bola adidas untuk baby yang ada kat kedai tu..Ikutkan hati papa memang dia nak beli dah kasut tu,papa kata nanti bulan June boleh la Akif teman papa tengok World Cup!Nanti papa nak ajak Akif bangun pagi2 buta tengok World Cup complete pakai kasut bola dengan snow cap Brazil!Ada2 je papa Akif ni laa..

Mama tak kasi papa beli dulu kasut tu..sebab Akif jenis besar,tah2 nanti tak muat pun kasut tu..rugi je,dah la mahal (RM200/set)..mama kata,World Cup lambat lagi,nanti bila Akif dah keluar,dah ukur kaki dia besar mana,baru kita beli..Papa agreed!SO,we went out from the store and headed to **MC,pakngah and makngah sekeluarga pun balik rumah diorang..

**MC, 8.30 malam...

Papa and mama sampai hospital,terus naik tingkat 2 jumpa nurse kat kaunter depan tu then ask for CTG sebab Akif less active.So, nurse yang bertugas tu (mama lupa nama dia) suruh kami masuk waiting room No. 2..then kakak tu buat CTG,dia kata tak dapat tangkap sangat movement Akif then she called her senior,Kak Nora..Haa..I remembered her sebab masa Akif 7 bulan hari tu Akif tak gerak jadi mama and papa terus rush pegi hospital,kak nora jugak la yang buat ctg tu..

Sekali..dua kali..then banyak kali kak nora pusing2 sensor ctg tu nak cari heartbeat Akif..dia kata very weak heartbeat Akif..jauh sangat bunyinya...Masa ni mama relaks lagi,mama tak rasa apa2 pun..papa je dah start gelabah..then kak nora cuba lagi,pastu tak jumpa jugak,then dia kata perut awak ni besar ni banyak air ni..susah saya nak cari heartbeat anak awak ni.."

Bila dia cakap macam tu je, mama pun cakap,"kak nora..anak saya ni besar,hari Jumaat lepas je berat dia dah 3.7kg.."

Bila dengar je mama cakap macam tu, kak nora terus matikan alat ctg tu and terus cakap dia nak panggil doctor datang buat scan..sebab dia tak boleh nak cari hertbeat Akif..Papa dah makin gelabah,tak senang duduk..mama releks je,siap main game h/p lagismentara nak tunggu doc sampai..

Papa dah geleng2 kepala,risau..mama pulak dok comfortkan dia.."u jangan bimbang laa..i rasa takde apa2 ni..jangan la risau sangat.."

Doc sampai about 10 minutes later..

Masa sebelum dia masuk bilik tu, mama dah dengar dia kecoh2 kat luar tengah cakap dengan kak nora..kak nora explained yg dia tak jumpa heartbeat Akif.Doc masuk bilik,mama tahu dia try to hide his worries..tapi doc mama ni memang tak boleh nak menipu laa..muka dia nampak cuak sangat..then dengan controlnya dia tanya mama,

"Aida, hari tu saya dah cakap kan,kalau sakit terus datang jumpa saya,jangan tunggu2 lagi.."
"Eh, doc..saya tak sakit..saya datang ni sebab saya rasa baby saya less active.Tu je.."
"Awak tak rasa sakit apa2?"
"Takde la pulak"
"Nevermind,doc akan scan sebab kak nora kata dia tak jumpa heartbeat anak u..tapi sepatutnya alat ctg ni more sensitive dari ultrasound tu..but,never mind..kita scan jugak..U kena tunggu jap sebab ada orang tengah guna bilik tu.."Dia pun keluar dari bilik.Then mama terus dengar suara dia tanya siapa yg dok guna bilik tu lama sangat...

Then only mama start risau sebab doc ni memang jenis yang cool selalu..tapi kali ni dia gelabah pulak,maybe something serious kot....

Kak Nora tolak wheelchair yg mama duduk tu ke bilik ultrasound kat sebelah..I took a very deep breath and entered the room............

Tuesday, November 14, 2006

Akif pt 3

It was 8 April 2006, 5.30 pm...

"Adoi laaa,Akif..kenapa garu2 perut mama?Tak sabar nak keluar,ye?"That was my first impression bila tiba2 perut aku rasa macam kena garu ngan Akif..Then,rasa macam ngilu pulak..Panik dah masa tu.. I told hubby,dia pun panik gak..hubby kata tunggu kejap lagi kalau sakit lagi ke,kita pegi check terus..but then rasa sakit tu dah takde..it lasted only for less then a minute..so we both relieved!

Malam tu,aku tidur paling nyenyak sekali..no disturbance from Akif..Akif takde gerak-gerak..selalunya kalau aku terlebih mengiring ke,Akif will alert me!But that nite,after 39 weeks i had a very deep sleep!

Bila aku bangun esoknya,rasa macam pelik sangat..i told hubby..hubby kata Akif dah nak prepare himself nak jumpa kita la tu..kalau dah dekat2 nak due kan dia akan less active..dia pun nak prepare himself for the delivery..Hmm..betul jugak tu...

So,macam biasa laa..both papa n mama pun buat plan for the day..hari ni kitorang nak gi jalan2,makan kat luar..Lepas zuhur,mama n papa pun keluar laa off to Subang Parade..

On the way tu
papa tanya,"Akif ok ke?"
Mama kata,"Akif macam dah kurang gerak laa.."
Papa kata,"Kita gi hospital nak?"
Mama kata,"Erm..tak payah la kot..hari tu pun kan dr kata dia kan less active..biar la dulu..kita tengok sampai esok macamana.."

"U nak makan apa,B?"papa asked
"Rasa macam nak makan Kenny Rogers laa.."
"Ok."

Bila nak naik lif tu,tiba2 papa nampak ada advertisement pasal LHDN bukak kaunter kat SP.Apa lagi,papa kata dia nak gi situ jap.mama lak tak interested since mama tak layak nak bayar tax!Hehehe..gaji kecik la katakan...

Kitorang gi Kenny Rogers dulu,order then papa naik atas jap nak tengok apa ada kat kaunter LHDN tu..So,tinggallah mama n Akif je kat KR. Bila makanan sampai,mama call papa..papa kata makan dulu..mama pun pelan2 la makan..

Then ada satu family masuk KR- a mom, a dad n a cute dotter..duduk betul2 kat depan meja kami..Mama pun tak ambik pot sangat sebab mama pun dah lapar...

Pastu papa sampai,so kitorang makan sama2..

Mama plak dah almost full(bila dah 39 weeks ni,makan sikit je dah kenyang..)so mama pun tengok2 la kat budak pompuan kat depan tu..heran pulak mama..selalunya bila mama pegi mana2 terjumpa ngan baby girl,mesti baby girl tu senyum2 kat mama..orang tua2 pun selalu cakap,kalau kita ngandung anak lelaki,budak pompuan akan suka kat kita..TAPI this girl ni lain sikit laaaa..dia tengok mama,pastu muka dia memang takut giler..bila dia pandang je meja kita je,dia akn cepat2 nak pandang tempat lain..memang muka dia takut giler mama tengok..Mama cakap kat papa..Papa pun heran jugak..

Tapi kitorang buat dek je laa..lepas makan kitorang pun balik laa...

Again..bila sampai rumah malam tu..

Mama:"I rasa Akif ni macam tak gerak laa.."
Papa:"Kita gi check,nak?"
Mama:"Tapi i rasa macam dia gerak2 jugak..tapi macam tak gerak...eiii..tak tahu laa"
Papa:"Habis tu nak cek ka tak nak ni?"
Mama:"Tah laa..macam gerak,macam tak gerak.."

Papa dah siap2 tukar baju nak gi hospital..

Papa:"Jom,kita cek.."
Mama:"i tak tahu laaa,biar laa dulu.."

**********************************************

Kenapa mama tak terus pegi hospital?Kenapa mama mesti nak tunggu?Oh..Akif,kesayangan mama..maafkan mama..mama menyesal sangat..sehingga hari ni dan sampai bila2 pun mama pasti rasa menyesal ini takkan hilang dari diri mama..mama bersalah..
Kenapa?Kenapa mesti pilihan itu yang mama pilih?Kenapa mama tak terus ke hospital?KENAPA????????????????????????

Tolong YA ALLAH..kenapa aku?????????


Ya ALLAH..How could i forgive myself????

Akif,

Mama minta maaf banyak-banyak..
Maafkan mama...


Thursday, November 02, 2006

Akif pt 2

Hari tu 7 April 2006 bersamaan hari Jumaat. We both went for weekly check up at **MC. It was my 39th week!Wah,punya la tak sabar nak tunggu Akif keluar. During the check up,baby was doing really really fine. We did ask our gynae on Akif's heartbeat rate, his weight and evrything..Gynae checked and said "baby u ok,normal..he's doing fine" then dr nak buat VE. So, hubby kena dok kat luar..

Bila dah buat VE,dr kata tak bukak apa pun lagi,but dah lembut so,anytime during this week memang dijangka bersalin..Then dr kasi appointmt on 14 April 2006 for induction.

Masa tu ingat lagi the dr's words..

"Even today pun kalau ikutkan u dah boleh bersalin,tapi ur pintu pun tak bukak lagi..so i tetapkan this coming Friday is your last day untuk bersalin. BUT u jangan tunggu sampai hari Jumaat kalau u sakit..In case kalau sebelum jumaat ni u rasa sakit atau anything, u cepat2 datang sini,ok?Even kalau hari Selasa ni,Maulud Nabi pun u datang je..Friday tu,kalau u tak rasa sakit apa2 lagi,then kita induce.."

So, mama and papa pun balik dengan perasann yg tersangat gembira..Maklumlah lagi seminggu,kitorang dapat jumpa Akif..Papalah yg paling excited..

Masa balik tu kitorang terus pegi warehouse papa..biasa laa bila lepas check up je mesti gi warehouse dulu,papa nak tengok apa2 keje yg patut kena settle..so,bila dah takde apa yg nak disettle,papa boleh terus balik rumah..Maklum laa, mama kan dah cuti 2 minggu awal,tu yang papa jeles tu.

Masa papa sibuk2 tengok keje apa yg patut settle tu, mama pun sibuk la call opah n makngah,beritau dorang latest update..

Opah siap cakap,"takpe laa kalau kamu sakit,telefon mak awal2,mak terus datang je,tapi kalau kamu takde rasa sakit apa2 lagi,mak rasa hari rabu la mak datang sana.."

So semua orang memang happy sangat2 nak sambut kelahiran Akif..

Lepas tu,mama n papa pun terus laa balik rumah,rest and excitedly waiting for Akif..

Monday, September 18, 2006

Ahli Syurga Kebanggan Kami-Intro

Masuk hari ini (19 Sept. 2006) dah 161 hari usia Akif..Dah 5 bulan lebih usia Akif,dah 5 bulan lebih aku bergelar seorang mama,dah 5 bulan lebih suami ku menjadi seorang papa kepada ahli syurga kebanggan kami...Dan tanpa sedar,sudah 5 bulan lebih Akif meninggalkan kami..

Ya,Muhammad Akif yang kami nanti-nantikan telah menjadi ahli syurga ALLAH pada 12 April 2006.Ya ALLAH yang maha Agung, kuatkan hatiku ini,kuatkan semangat ku,kuatkan imanku..Berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini,berikanlah aku kekuatan untuk aku abadikan kenangan paling indah aku melahirkan ahli syurgamu didalam blog ini..Moga-moga dapat aku abadikan betapa istimewa dan berbangganya kami suami isteri terhadap anak yang satu ini..

Moga-moga juga anak-anak kami yang akan lahir selepas ini akan dapat kongsi perasaan yang sama terhadap abang mereka, Muhammad Akif-Yang menumpukan dirinya pada sesuatu yang terpuji..INSYAALLAH..

Monday, March 13, 2006

Last shopping for Akif stuff...boleh caya ke? :)

Assalamualaikum anak mama n papa,

last weekend,(11/3/06) papa bawa kita gi check up kat **MC..hmm..last weekend anak mama ni dah 35 weeks dalam rahim mama...tak sabar nak keluar,ye...masa check up tu,dr kata akif is doing fine..berat akif dah 2.6 - 2.8 kg..dr zamri kata lagi berat akif masa lahir maybe 3 kg++..hmm..kiranya anak mama n papa ni makan cukup laa..

lagi satu kan akif, perut mama kat luar ni kena pigmentation laa..masa mula2 kena dulu memang gatal giler..bila mama gatal je,nanti akif mesti gerak2 macam tolong mama garu perut tapi dari dalam..pandai anak mama ni..tapi yang paling best bila time letak ubat sapu tu..bila papa akif sapu dengan cotton bud je,akif mesti gerak2..sejuk kot ubat tu sebab mama kena letak dalam fridge ubat tu sebelum digunakan..but both of us very worried kalau2 akif tak selesa kat dalam..especially papa,dia memang very concern...mana tahu akif rasa panas ke,apa ke,..tapi during the check up dr zamri kata akif ok..relief sangat bila dengar macam tu..Dr zamri kata bila akif dah lahir nanti,pigmentation kat perut mama ni akan hilang..insyaALLAH..kita doa sama2,ok?


Lepas check up..kita pegi shopping..kiranya ini shopping last laa konon before akif lahir..apa lagi barang yg tak beli ni,ek?let's see....oh,ya..snow cap akif + wardrobe akif..sekarang ni baju2 akif mama letak kat dalam almari baju mama n papa.so,papa bawak kita gi giant shah alam,yang besar tu..at first mama ingat nak beli stokin mama sekali..tapi tak jumpa la plak..

papa pulak,bila sampai kat tempat baby stuff tu..terus nak cari snow cap akif..mama plak terus heading to bahagian perabot,cari punya cari...akhirnya jumpa jugak alamari baju untuk akif..warna biru lagi..
TAPI..ada masalah sikit laa akif..kotak almari tu panjang and berat betul..mama dah try angkat ngan papa,punya laa berat..memang mama tak larat nak angkat,tambah2 pulak bila mama dah sarat ni..memamng mama tak nak ambik risiko angkat benda berat2..tapi papa kata takpe biar papa angkat sorang2 je nanti naik tingkat 3 rumah kita tu..baik betul papa akif ni..itu yg mama sayang banyak tu..

snow cap?punya laa lama dan pelbagai tempat papa dah survey snow cap akif,akhirnya papa jumpa jugak yang dia berkenan kat Giant tu..mama pun suka..warna biru(soft blue)..papa kata papa nak akif pakai masa keluar hospital..macam anak jamie oliver tu(favourite chef papa)..

lepas dah gi Giant,papa kata nak pegi Sunway Piramid pulak sebab nak beli bath tub and nursing pad mama...so kita pun pegi subang jaya pulak..sampai piramid terus kita masuk anakku boutique.. cari punya cari, dapat laa bath tub akif,warna biru jugak...papa yang paling excited..dia kata dia dah terbayang akif mesti suka mandi kat dalam tub mandi tu,kaki akif mesti suka kena air,nanti sepak2 air,pastu mama pun basah sama.. tengok...betapa excitednye papa akif tu..nanti mama nak suruh papa mandikan akif lah..mana aci mama je yang basah,kan?hehehee..

papa akif beli lagi satu towel untuk akif...mama cakap,dah beli dah hari tu 2 helai,papa kata takpe la..alang2 towel yg dia nak beli tu tebal and ada discount (normal price rm16.90,tapi hari tu harga dia 9.90 je)..mama pun ikut je laa..

dah habis shopping baru rasa lapar,so papa pun bawak kita gi makan kat kedai depan tempat keje papa tu..lepas makan tengahari terus kita balik rumah..

bila sampai kat rumah...
mama kesian kat papa sebab papa nak kena angkat almari akif yang berat tu,so mama pun nak angkat laa barang2 yang lain tu..tapi papa tak kasi..geram betul mama masa tu..tapi kan akif,kesian papa..dia angkat kotak almari akif tu sorang je dari bawah sampai tingkat 3,dahlah rumah kita takde lif..kesian papa tau akif..tengok laa betapa papa sayang akif..dia tak kisah walaupun kotak tu berat,akhirnya papa akif berjaya jugak angkat kotak tu sampai kat rumah kita..sedih plak mama masa tu..menyesal pun ada sebab mama geram kat papa tadi...

ok laa akif..dah lama sangat mama taip ni..nanti mama sambung lagi,ok?

~mama sayang papa akif and akif~

Tuesday, February 14, 2006

Muhammad Akif Rashidi

Muhammad Akif Rashidi, nama untuk anak yang bakal lahir April nanti...nama ni papa akif yang pilih,mama akif pun bila dengar je,terus berkenan..bila tengok maksud nama ni pun,ok jadi terus laa panggil baby dalam rahim mama ni Akif..

Bila buat check up, dr kata akif will be born on 15 April 2006..papa and mama memang dah tak sabar2 nak tunggu akif...Papa akif dah berapa kali dah mimpi akif..papa kata akif handsome boy...hehehehe..apa laa papa akif ni..excited betul...tapi kalau akif nak tahu,memang papa excited sangat nak tunggu akif keluar..hari2 mesti papa baca Fatihah untuk akif, papa akan baca Fatihah kat perut mama,mesti akif dengar,kan?haa..tu laa suara papa akif...Papa baca Fatihah supaya bila akif dah lahir nanti akif jadi anak yang soleh,anak yang soleh akan doakan mama dan papa bila mama dan papa dah takde nanti...InsyaALLAH......

Kalau akif nak tahu lagi,papa akif memang excited dan sayang akif... bila nak beli barang untuk akif je, mesti yang bagus2...nak beli stroller and carrier pun berbulan-bulan papa buat survey..bukan apa papa nak pastikan akif selesa..baju2 akif pun banyak papa yang pilih,..kalau mama,mama tak kisah baju macamana pun untuk akif asalkan akif selesa,tapi papa memang cerewet...dari color,design mesti nak yang trendy je..haaaa sekarang ni papa akif tengah dok survey snow cap untuk akif..dah banyak kali dah jumpa snow cap kat kedai tapi papa akif tak berkenan..kadang-kadang tu mama geram jugak dengan papa akif ni, cerewet sangat....nanti kalau papa dah jumpa snow cap idaman hati dia tu,mama cerita kat akif lagi,ok??

So far, baju akif memang papa and mama dah belikan semua,cuma mama tak basuh je lagi baju akif.. weekend ni mama nak basuh,pastu terus pack dalam beg..haaa..last week mama beli beg untuk akif,nak isi baju akif bila kita masuk hospital nanti..beg mama dah ada dah..beg akif tu color merah..comel... travel beg- untuk isi baju ke,botol susu akif ke masa gi shopping pun mama ngan papa dah beli,color hitam..yang ni jenis backpack,so nanti boleh la papa akif yang sandang..

Haaa..satu lagi,papa dah cakap kat mama hari tu,dia nak bawak kita jalan2 kat taman kat rumah kita tu, papa nak letak akif dalam stroller,pastu bawak akif jalan2..hmmm..nanti kita tuntut ye,akif.. ;)

Ok laa akif nanti mama sambung lagi...

p/s:bagus betul anak mama ni,diam je bila mama taip kat blog ni..akif tahu ye mama tengah cakap dengan akif...Good boy..


~Mama sayang Papa Akif and Akif.. ~

Valentine's day













semalam V's day..ubby kasi e-greeting card..kitorang dah decide taknak celebrate pun V's day ni,tup2 bila bukak email pagi tu ada e-card from my hugable hubby..rasa terharu sangat...tak tahu nak cakap macamana...
greeting card kat atas tu laa yang ubby kasi..mmppphhhuuuuaahhhh..sayang hubby banyak!!!!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dear my luvly wife mama akif,
Hugs N Kisses..Your hugable hubby papa akif

From
rashidi mohd rashidshidiee@engineer.com

yang kat atas ni plak wording yg hubby tulis...best nye....

8 months...

hmm...minggu ni pregnancy aku akan berusia 8 bulan... perubahan?banyak!!aku sekarang ni kaki dah start bengkak2..tak boleh nak berdiri lama sangat atau berjalan lelama..sure bengkak tahap maksima punya kaki aku.. malam tadi plak, kaki aku kebas menyucuk2...sakit betul...sebelah kiri ni..tak boleh tidur aku malam tadi..nasib baik hubby tolong picit2kan kaki aku..tapi lama gak laa baru ok...

akif pun..eh, lupa nak beritahu,kitorang dah scan dan OnG kata anak kami lelaki..so kitorang dah pilih nama Muhammad Akif - Yang menumpukan dirinya pada sesuatu yang terpuji..

akif pun malam tadi tak boleh tidur...asyik bergerak2 dalam perut mama dia ni..kesian akif...