Monday, September 18, 2006

Ahli Syurga Kebanggan Kami-Intro

Masuk hari ini (19 Sept. 2006) dah 161 hari usia Akif..Dah 5 bulan lebih usia Akif,dah 5 bulan lebih aku bergelar seorang mama,dah 5 bulan lebih suami ku menjadi seorang papa kepada ahli syurga kebanggan kami...Dan tanpa sedar,sudah 5 bulan lebih Akif meninggalkan kami..

Ya,Muhammad Akif yang kami nanti-nantikan telah menjadi ahli syurga ALLAH pada 12 April 2006.Ya ALLAH yang maha Agung, kuatkan hatiku ini,kuatkan semangat ku,kuatkan imanku..Berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini,berikanlah aku kekuatan untuk aku abadikan kenangan paling indah aku melahirkan ahli syurgamu didalam blog ini..Moga-moga dapat aku abadikan betapa istimewa dan berbangganya kami suami isteri terhadap anak yang satu ini..

Moga-moga juga anak-anak kami yang akan lahir selepas ini akan dapat kongsi perasaan yang sama terhadap abang mereka, Muhammad Akif-Yang menumpukan dirinya pada sesuatu yang terpuji..INSYAALLAH..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home