Memory with Akif
Isnin,10 April 2006...Papa pegi keje macam biasa setelah mama yakinkan papa yang mama will be allright..walaupun papa berat hati nak pegi keje,mama janji kalau Akif kurang gerak jugak satu hari ni,kita akan go and see the doctor..
Papa left..
Tinggal mama and akif kat rumah..Mama call opah,tanya dia macamana..opah kata cu pun baby dia kurang gerak masa nak bersalin minggu lepas..so,mama rasa lega sikit..officemate mama pun ada call,tanya how was i doing?bla..bla..bla..mama borak lebih kurang then hang up.. masa tu mama baring lagi,tak tahu la kenapa hari ni malas betul nak bangun dari katil..zzzzzzzzzzz..
bila bukak mata je dah dekat pukul 12.00..amboi,lama gila mama terlelap..tapi memang mama rasa penat sangat,rasa macam dah lama sangat mama tak tido puas2lama macam ni...Then,kawan mama R called..macam biasa la kalau R call,mesti borak panjang punya..mama pun cerita jugak,baby less active,and she also convincedkan mama,dah dekat2 nak bersalin ni memang baby akan less active..so lepas dah borak2 panjang lebar dengan R,mama pun masak lunch,and tengok TV..
5.oo petang..
Mak ngah Akif called.Dia ajak mama and papa makan kat SACC mall sebab last friday kami tak sempat join.Mak ngah kata,pakngah beria2 nak belanja jugak makan..rasa tak sedap hati sebab minggu lepas tak jadi belanja..So,papa ambik mama lepas balik keje dalam pukul 6.00 macam tu then we headed to SACC Mall..Kita makan kat kedai mee kat level bawah tu,mama pun dah lupa nama kedai tu..Until today mama ingat lagi mama order mee udang..Besar betul mangkuk mee tu,memang kekenyangan gile mama..
Once again,mama cakap la kat makngah and pakngah,Akif less active and kita nak pegi jumpa doktor lepas ni..Tapi masa dok cerita2 tu,mama and papa kata,kalau kita pegi tengok wayang cite Bujang Senang pun ok,gak ni kan?Tapi pakngah kata,kang gelak2 kang terberanak pulak kat dalam panggung..so kitorang tak jadi laa nak tengok wayang..lepas habis makan,kitorang jalan2 jap kat kedai adidas kat bawah tu..
Papa memang dok usha je kasut bola adidas untuk baby yang ada kat kedai tu..Ikutkan hati papa memang dia nak beli dah kasut tu,papa kata nanti bulan June boleh la Akif teman papa tengok World Cup!Nanti papa nak ajak Akif bangun pagi2 buta tengok World Cup complete pakai kasut bola dengan snow cap Brazil!Ada2 je papa Akif ni laa..
Mama tak kasi papa beli dulu kasut tu..sebab Akif jenis besar,tah2 nanti tak muat pun kasut tu..rugi je,dah la mahal (RM200/set)..mama kata,World Cup lambat lagi,nanti bila Akif dah keluar,dah ukur kaki dia besar mana,baru kita beli..Papa agreed!SO,we went out from the store and headed to **MC,pakngah and makngah sekeluarga pun balik rumah diorang..
**MC, 8.30 malam...
Papa and mama sampai hospital,terus naik tingkat 2 jumpa nurse kat kaunter depan tu then ask for CTG sebab Akif less active.So, nurse yang bertugas tu (mama lupa nama dia) suruh kami masuk waiting room No. 2..then kakak tu buat CTG,dia kata tak dapat tangkap sangat movement Akif then she called her senior,Kak Nora..Haa..I remembered her sebab masa Akif 7 bulan hari tu Akif tak gerak jadi mama and papa terus rush pegi hospital,kak nora jugak la yang buat ctg tu..
Sekali..dua kali..then banyak kali kak nora pusing2 sensor ctg tu nak cari heartbeat Akif..dia kata very weak heartbeat Akif..jauh sangat bunyinya...Masa ni mama relaks lagi,mama tak rasa apa2 pun..papa je dah start gelabah..then kak nora cuba lagi,pastu tak jumpa jugak,then dia kata perut awak ni besar ni banyak air ni..susah saya nak cari heartbeat anak awak ni.."
Bila dia cakap macam tu je, mama pun cakap,"kak nora..anak saya ni besar,hari Jumaat lepas je berat dia dah 3.7kg.."
Bila dengar je mama cakap macam tu, kak nora terus matikan alat ctg tu and terus cakap dia nak panggil doctor datang buat scan..sebab dia tak boleh nak cari hertbeat Akif..Papa dah makin gelabah,tak senang duduk..mama releks je,siap main game h/p lagismentara nak tunggu doc sampai..
Papa dah geleng2 kepala,risau..mama pulak dok comfortkan dia.."u jangan bimbang laa..i rasa takde apa2 ni..jangan la risau sangat.."
Doc sampai about 10 minutes later..
Masa sebelum dia masuk bilik tu, mama dah dengar dia kecoh2 kat luar tengah cakap dengan kak nora..kak nora explained yg dia tak jumpa heartbeat Akif.Doc masuk bilik,mama tahu dia try to hide his worries..tapi doc mama ni memang tak boleh nak menipu laa..muka dia nampak cuak sangat..then dengan controlnya dia tanya mama,
"Aida, hari tu saya dah cakap kan,kalau sakit terus datang jumpa saya,jangan tunggu2 lagi.."
"Eh, doc..saya tak sakit..saya datang ni sebab saya rasa baby saya less active.Tu je.."
"Awak tak rasa sakit apa2?"
"Takde la pulak"
"Nevermind,doc akan scan sebab kak nora kata dia tak jumpa heartbeat anak u..tapi sepatutnya alat ctg ni more sensitive dari ultrasound tu..but,never mind..kita scan jugak..U kena tunggu jap sebab ada orang tengah guna bilik tu.."Dia pun keluar dari bilik.Then mama terus dengar suara dia tanya siapa yg dok guna bilik tu lama sangat...
Then only mama start risau sebab doc ni memang jenis yang cool selalu..tapi kali ni dia gelabah pulak,maybe something serious kot....
Kak Nora tolak wheelchair yg mama duduk tu ke bilik ultrasound kat sebelah..I took a very deep breath and entered the room............


0 Comments:
Post a Comment
<< Home